5 Julai 2020
Teringat kisah pagi tadi.
Aku kat dapur tengah masak, dengar si adik terbatuk.
Terus masuk bilik, tengok dia tengah masukkan kapas fibre dalam mulut dia.
Cepat-cepat aku keluarkan.
Aku tengok kakak dia.
Masa tu dia tengah minum susu dalam botol susu.
Aku tanya "Kenapa kakak keluarkan span ni? Kan mama dah cakap jangan keluarkan dari Ellie, nanti adik masuk mulut".
Nada dah lain, dah start keras dan ada berbaur sedikit kesalan. Patung tu (Ellie) aku perasan koyak malam tadi, tapi tak dan nak jahit lagi. Malam tadi pun dia dah ditegur buat benda yang sama.
Sambil baring, mata dia terkebil-kebil tengok aku.
Aku terdiam kejap.
Tetiba aku macam tersedar something bila tengok dia macam tu.
Memang kakak boleh faham & ikut bila disuruh, boleh bercakap, kira dah boleh diharap jugaklah buat itu ini.
Tapi apapun, dia baru 2 tahun, basically besar sikit je daripada adik dia yang taktau apa-apa sangat ni.
Dah la minum susu pun kadang nak dalam botol susu lagi kan 🤣
Anak sulung terutama perempuan, kadang di bahu tergalas beban "menjaga".
Kadang kita tanpa sedar dah letak expectation pada dia.
Kita expect dia boleh behave, boleh jaga diri dan boleh jaga adik, walaupun dia kecik lagi.
Sebab dari kecik pun dia dah ada sifat kasih sayang, sifat menjaga dalam diri.
Tapi kita jangan lupa, anak adalah tanggungjawab kita, untuk kita beri kasih sayang & didikan, bukan alat bantuan untuk kita hidup senang.
Semoga kita jadi ibu bapa yang adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Boleh mendidik, tapi jangan sampai anak tu rasa terbeban dengan tanggungjawab yang sepatutnya kita pikul.
Yang masih belajar menjadi mama,
Noraziah Mohd Tahir
.
.
.
Gambar kakak ajak main kereta-kereta
No comments:
Post a Comment