Monday, March 2, 2020

Pertama Kali Makan

Semalam hari pertama Nur Zahira makan sebab dia dah masuk 6 bulan.

Baru sesuap bagi dia makan, kakak dia sibuk nak makan jugak. Bagi bubur yang lain taknak, nak jugak bekas yang sama, sudu yang sama 🤣 Last-last amikkan satu lagi yang baru untuk Nur Zahira.

Selera jugaklah Nur Zahira makan, banyak minum air berbanding Nur Zafira dulu. Tapi selera makan sama. Eh tak. Nur Zahira lagi berselera. Yelah, sejak 4 5 bulan dah sibuk bersungguh nak capai cawan sudu mangkuk pinggan bila aku tengah makan sambil pegang dia. Terteleng-teleng kepala ke belakang tengok atas bila aku makan minum. Muka kecur tu tak payah ceritalah 🤣

No comments: